BAHASA BIDAYUH
Buat pengetahuan semua, bahasa Bidayuh adalah bahasa agak unik berbanding etnik yang lain yang ada di Sarawak. Keunikannya adalah berdasarkan daripada alunan pertuturan, sebutan dan gerak gaya mereka. Bahasa Bidayuh akan berubah intonasi dan bahasa mengikut kampung dan tempat mereka.
Oleh itu, masyarakat ini sukar untuk berkomunikasi antara satu sama lain kerana mereka berlainan daerah. Contohnya, kaum Bidayuh di kawasan serian menyebut makan adalah" ma-an", manakala suku kaum Bidayuh Padawan dan Bau menyebut makan adalah "man".
BIDAYUH SADONG
Suku kaum Sadong tinggal di sepanjang batang Sadong dan anak-anak sungai yang terdapat di bahagian gunung sadong di Daerah Serian seperti sungai Kayan, sungai Kedup, sungai Suhu, dan sungai Robin. Mereka mengelar diri mereka bisadong iaitu Bidayuh Sadong.
BIDAYUH BUKAR SADONG
Suku ini digelar sebagai bukar sadong yang berasal dari Sungai Kakar. Nama itu dibuat oleh nenek moyang apabila mereka membina penempatan mereka berdekatan dengan sungai. Kenapa mereka digelar bukar kenara air sungai yang bedekatan tempat mereka tinggal telah bertukar menjadi kotor dan berlumpur disebabkan oleh binatang-binatang buas dari ulu. Oleh itu, sungai yang kotor itu digelar Sungai Kakar dalam dialek Bidayuh Bukar. Kemudian, Sungai Kakar ditukar menjadi Sungai Bukar Sadong.
BIDAYUH JAGOI
Suku ini berasal dari Gunung Bratak ialah merupakan penempatan terawal Bidayuh sebelum berpindah ke Subgkung, Kalimantan Barat, Indonesia. Suku kaum Bijagoi berpindah dan bersembunyi di Gunung Bratak kerana untuk menyelamatkan diri mereka dari serangan Iban Skrang. Oleh itu, mereka mengelarkan diri mereka sebagai bijagoi.
Rasanya ini yang kefahaman saya pada masyarakat bidayuh, kalau ada kekurang boleh buat penambahan dalam ruang komen ye..
Terima kasih.